Syukur alhamdulillah, ku panjatkan syukur ke hadrat illahi kerana sentiasa memberikan ruang kepada hambanya untuk memperbaiki diri dan perbanyakkan amal jariah di dunia ciptaanNya yang cukup sempurna ini...alhamdulillah.
Yes, I'm Engaged to En.T... ^__^
Tanggal 08 Disember 2012 bersamaan 24 Muharram 1434 H, Fee telah di satukan dengan ikatan pertunangan dengan insan pilihan hati yang Fee hormati selain dari Mak Ayah Fee sendiri. Masuk hari ni, genap lah 17hari Fee bergelar tunangan orang. Ucapan syukur tak terhingga kerana majlis hari tu berjalan dengan lancar, walaupun sepanjang tempoh 2-3hari sebelum majlis berlangsung agak kelam kabut sikit. Sampai tak cukup tidur dibuatnya...tu la, siapa suruh gatal nak buat hantaran guna fresh flower...hehehehee...but hasilnya sangat-sangat puas hati...(jangan sekali-kali bandingkan hantaran Fee dengan mereka-mereka yang pro ea...nanti Fee wechaaa sekali) kuikuikuikuii...
Macam-macam perasaan masa tu yang timbul...ada rasa happy, rasa tak percaya, rasa nerbes, rasa takut...uishhh...memang banyak perasaan la masa tu...tapi bila semuanya dah selesai dengan selamat terus rasa bersyukur dan lega...Akhirnya, Norhafizah Binti Jailani telah bergelar tunangan orang. Sangat-sangat teruja.
Meh cini nak share 2-3 keping gambar masa majlis hari tu...
![]() |
| Sebahagian hantaran dari pihak perempuan...santik tak...hikhikhikhikkk |
![]() |
| tadaaaaaa.... :) |
Tu baru sebahagian hantaran dari pihak Fee...ramai yang terkejut dengan jumlah hantaran ktorang...kenapa?? hehehehee...mehh dok rapat-rapat mehh...Fee nak cerita cikit...huhuhuhuu...kebiasaannya, orang yang bertunang ni akan bagi hantaran dalam 7-9 atau 11-13 camtu la lebih kurang kan...yang pasti takkan lebih dari 20 dan keatas, right?? untuk majlis pertunangan Fee hari tu, dah kira-kira dan masing-masing dah setuju nak hantar 23 (belah lelaki) berbalas 25 (belah perempuan)...hamik kau...tanjat tak...ahahahahahaa...waitt...tak habis cerita lagi...jangan nak terperanjat sangat hokey...untuk hantaran ni, ktorang dah bincang nak buat sekali hantar je...maksudnya masa nikah nanti, masing-masing dah tak ada hantar apa-apa dah...cuma pihak lelaki akan bawa something untuk batal air sembahyang dan mungkin pihak Fee akan bagi bunga telur...(yang ni masih dalam proses perangcangan lagi) yang pasti, kami dah takkan buat apa-apa hantaran dah lepas ni...means sekali hantar jela untuk hantaran tu...senang cerita kan. Lepas ni dah tak payah nak fikir pasal hantaran dan sibuk-sibuk nak cari barang dah...tinggal prepair untuk kenduri je...(semuanya idea En.T...sayang dia lebih...hikhikhikhikk)
![]() |
| Sweet Pelamin Mini...suka sangat-sangat... ^_^ |
Yehhhh...ingat lagi tak Fee pernah cerita pasal last minute Fee survey baju+pelamin mini untuk majlis ni??kalau tak ingat boleh jenguk kat entry ni (Step 1 : Counting Day...wee~)
Untuk design pelamin mini ni, Fee memang request nak buat simple je...Fee ada bagi sample design dekat owner butik (sis Zetty) dan dia telah merealisasikan apa yang Fee harapkan...rasa macam mimpi jadi realiti...hasilnya sangat-sangat superb...credit to ZSD Bridal Boutique yang telah merialisasikan impian Fee hari tu...sangat-sangat berpuas hati...^__^
K la...untuk Part 1 ni kita stop sampai sini dulu...nanti ada masa Fee update entry Part 2 & Part 3 pulak ekk...(adakah ianya akan sampai ke Part 3??jeng...jeng...jeng...) sila tunggu kerajinan ku...hikhikhikhikkk
Have a good day olls...daa~
Salam. ^_^



No comments:
Post a Comment