Wednesday, 23 January 2013

:: Maulidur Rasul - 12 Rabiulawal 1434H ::

Assalamualaikum wbt...


Hari ni masuk ofis dengan takde perasaan nak buat kerja...apakah?? hehehehe...mane taknye, esok cuti...yahooo...memang ni la saat-saat yang ku nanti-nantikan...almaklum la, orang yang takde cuti ni memang jakun cikit bila dapat cuti public holiday...memang tu la hari yang dia tunggu-tunggu termasuklah aku...ekekekekkk...sedih kan takde cuti...korang yang ada cuti tu kira bersyukur lah, boleh ambil cuti sukati korang, bila-bila masa, kat manapun korang berada...erkk...yang ni memang takde kena mengena...hikhikhikhikkk


Okies, semua orang mesti tau kan esok adalah cuti untuk menyambut hari keputeraan Nabi Muhammad s.a.w atau lebih dikenai sebagai Maulidur Rasul... sempena sambutan yang Malidur Rasul ni (esok), aku nak share cikit berkenaan akhlak terpuji yang ada dalam diri Rasulullah s.a.w yang patut kita jadikan teladan dan ikutan dalam kehidupan seharian...insya'allah...jadi....jomm kita tengok antara sifat-sifat terpuji Rasulullah s.a.w ni :



  • PEMAAF dan tidak endahkan sikap buruk orang lain
  • ADIL, suka melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran
  • Sangat PENYABAR dalam perjuangan (walaupun diduga, beliau tetap bertahan dengan begitu sabar)
  • MENOLAK KEJAHATAN DENGAN BAIK (Rasulullah amat mnjaga hati orang lain dengan menolak setiap perkara buruk dengan baik supaya orang yang berbuat salah itu tidak berkecil hati dengannya)
  • Sentiasa MENSYUKURI NIKMAT Allah s.w.t
  • Mampu MENAHAN KEMARAHAN
  • Menunaikan hak sesama manusia
  • Melahirkan KASIH SAYANG melalui ucapan salam
  • Menghadiri undangan
  • Suka MEMBERI NASIHAT dan menjawab kemusykilan
  • MENDOAKAN orang yang bersin
  • MENZIARAHI orang sakit, mengurus jenazah, menolong orang teraniaya
  • Mencintai sesama muslim seperti mencintai diri sendiri
  • BERBUAT BAIK kepada jiran
  • Sentiasa BERSEDEKAH melalui pelbagai perkara dan cara
  • Membantu meringankan beban orang lain
  • Menutup aib orang
  • Merintis dan menunjukkan jalan yang kebaikan
  • Meninggalkan perkara yang sia-sia
  • Mencari keredhaan dan menghormati kedua ibubapa
  • menyambung silarutahim antara keluarga
  • Sentiasa diam dalam hal-hal yang tiada kaitan dengan diri sendiri
  • Sentiasa MUHASABAH DIRI
  • Bersifat malu
  • Menjaga kehormatan atau tidak mengumpat orang lain
  • JUJUR dan IKHLAS dalam beramal
  • Bersifat TAWADUK
  • Tidak bersifat riak
  • Berhemah dalam perbelanjaan dan penggunaan harta
  •  Memikirkan dan mengutamakan orang lain
  • Tidak memulai sesama islam
  • Tidak meniru atau menyerupai cara hidup bukan islam
  • Tidak menanamkan sifat dengki
  • Mampu menguasai dan menahan perasaan marah
  • TABAH dan TETAP PENDIRIAN
  • BERANI
  • Dermawan dan PEMURAH
  • Tidak buruk sangka
  • Tidak mencari maki sesama muslim
  • Lemah lembut
  • Menyayangi anak yatim
  • Walaupun beliau terpelihara daripada dosa, maksum dan mulia disisi Allah, beliau tetap merendah diri dan memohon dijauhi dari akhlak yang buruk
  • Bertanggungjawab
  • Menyayangi binatang


Semoga kita semua akan sentiasa belajar sesuatu dari baginda Nabi Muhammad s.a.w dan sentiasa beselamat dan mengamalkan sunahnya...insya'allah...^__^


SALAM MALIDUR RASUL 1434H dan SELAMAT BERCUTI... :)


credit En.Google Image...winkk..winkk...^_^



Wassalam.

No comments:

Post a Comment